TAUHID SEORANG JUTAWAN
Jika kita hari ini, sudah kaya raya, sudah ada hartanah berpuluh-puluh, duit berjuta-juta di dalam bank, bisnes sudah sukses.
Di ajak untuk berhijrah dan terpaksa meninggalkan semua kekayaan yang ada,
Pasti jawapan kebanyakannya - tidak mungkin. Ramai yang lebih rela memilih harta daripada jatuh miskin dan papa kedana.
.
Ini lah beza antara kita dengan sahabat Nabi - kita beragama Islam namun secara warisan - diwarisi turun temurun dari nenek moyang kita.
Sudah lah begitu, sedikit pun kita tidak berusaha untuk mendalami sahsiah dan sikap serta akhlak sahabat Nabi terhadap sesuatu perkara.
Tetapi, bila bab bisnes - pantas kita menjadikan contoh Abdul Rahman bin Auf sebagai tanda aras atau benchmark' untuk kita berjaya.
.
Adilkah begitu?
Bab kaya - pantas diikuti.
Bab akhlak, tauhid, bagaimana lurusnya keimanan Abdul Rahman bin auf - tidak pula mahu kita ikuti.
.
Begitu teguhnya keimanan Abdul Rahman bin auf, tambahan di bimbing dengan bimbingan yang benar terus dari Rasulullah saw.
Menjadikan Abdul Rahman bin Auf tidak bersikap tamak, rambang mata akan harta, ghairah dengan kemewahan.
Sehinggakan apabila ditawarkan kembali kekayaan oleh orang Ansar yang kaya raya ketika itu, Sa'ad bin Ar-Ra'biah ketika sampainya beliau di bumi Madinah,
Tetap ditolak oleh Abdul Rahman bin Auf dengan kata-kata yang baik - "Semoga Allah merahmati anda dan keluarga".
Ulasan