TEGAP DAN SEGAK BAGAIKAN LAKSAMANA MELAYU!
Betul ke "takkan melayu hilang di dunia?"
Percaya tak kalau ebenarnya pepatah ni sebenarnya ada sambungannya iaitu
'Takkan Melayu Hilang Di Dunia Selagi Berpegang Teguh Kepada Agama Islam'. Itulah kata-kata sebenar Laksamana Hang Tuah yang kita banggakan selama ini.
Ini yang diterapkan oleh Malaya Grill. Semua staff restoran digalakkan memakai Tanjak Lang Menyusur Langit dan Tanjak Jebat Derhaka. Jika kita yang tak mulakan nak hidukan budaya Melayu, siapa lagi kan? Selalu kita tengok orang pakai tanjak ni pun di event event penting, apa kata kita hidupkan semula pemakaian tanjak ni sebagai pakaian rasmi. Tak salah kot?
Berbalik pada pepatah tadi, pegangan agama pun jangan kita abaikan. Sebab itulah yang menjadi ukuran di akhirat kelak. Kalau kita jaga penampilan sebagai anak Melayu sejati dan jaga juga agama kita, InsyaAllah orang luar mesti salute dengan identiti kita.
Ulasan