TEPUKLAH DADAMU, MASIHKAH ADA IMAN?

Ramai yang berfalsafah berkenaan tentang formula kehidupan kena itulah, inilah. Misalnya, untuk hidup kita kena sentiasa berfikiran positif, berada dalam sekeliling yang baik, atau untuk menjamin kehidupan yang baik memerlukan pekerjaan yang baik, atau untuk mendapat kecemerlangan, perlu berilmu. Apa jua pergerakan memerlukan sesuatu tindakan yang positif.


Tapi sebagai umat Islam, adakah kita pernah meletakkan yang perkara utama yang perlu dipatuhi dan menjadi punca segala keberkatan dan rezeki dalam hidup adalah SOLAT?

Ketahuilah bahawa pemikiran kita sudahpun dipengaruhi dengan ideologi barat, hingga tenggelamnya sabda Rasulullah S.A.W :

" Barangsiapa menjaga solat ( yang lima itu ) pada waktunya, AKU akan masukkan ia ke dalam Syurga, dan barangsiapa tidak menjaga ( 5 waktu itu ), maka tidak ada janjiKU untuk mereka di sisi KU. "
( Hadith Ibnu Majjah, Hadis Qudsi. )

Juga dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa firmanNya :

" Dan orang-orang yang menjaga solatnya, mereka itu dimuliakan di dalam Syurga. "
( Surah Al-Maarij : ayat 34-35 )

Maka jelas di sini, orang-orang di dalam Syurga adalah orang-orang yang berjaya, dan orang-orang yang berjaya adalah orang-orang yang menjaga solatnya, maka apakah falsafah dunia masih boleh diterima dan digunapakai?

Ulasan

Catatan Popular