RESEPI 13 RASA ISTIMEWA
RESEPI 13 RASA ISTIMEWA
Tahun 2013 baru berjinak-jinak buat kambing golek. Masa tu hanya dikenali sebagai AL-AMEEN CATERING. Bila kambing golek mula dapat tempahan, dari situ bermula resepi perapan kambing dari 13 herba dan rempah ratus untuk menghasilkan aroma istimewa.
Selalu fikir macam mana nak dapatkan rasa Kambing Golek yang tersendiri, orang kata kalau bau dari jauh pun dah tahu itu Kambing Golek dari Malaya Grill.
Nak buat rasa smoke macam bau arang tu. Dalam 2 tahun lebih mencuba hasilkan bbq perapan yang pelbagai. So setiap kali customer tempah dalam masa tu macam- macam rasa ada. Belum konsisten. Bila dah dapat satu rasa yang memuaskan barulah decide resepi bbq dari 13 rasa tu. Yang korang makan sekarang di Malaya Grill tu, itu adalah hasil titik peluh dari setiap percubaan untuk hasilkan signature Kambing Golek by Malaya Grill.
Dalam tempoh tu jenuh juga nak create satu rasa yang memuaskan. Rasa yang orang akan sentiasa teringat-ingat! Maka terhasil lah Kambing Golek Malaya pada waktu itu.. Tahun 2015 Kambing Golek MG mula dapat sambutan, bila citarasa kambing mula diterima ramai. Masa tu rasa lega sebab dapat signature sendiri. Siapa pernah makan Kambing Golek by Malaya Grill pasti tahu rasa macam mana kan??
Nak buat Kambing Golek ni bukan mudah. Nak bagi rasa perapan, nak rasa bbq yang meresap ke kambing menjadikan warna kambing tu bersinar keperangan dan menggiurkan, semua tu makan tempoh masa yang lama.
Alhamdulillah hari ni terhasil lah Kambing Golek by Malaya Grill itu. Kalau ada event kambing, taksah kalau orang tak beratur dan ulang ambik kambing. Ada juga customer bagitahu kalau bau dah tahu tu aroma Malaya Grill. Rindu betul nak buat event kambing macam dulu-dulu, sebelum covid.. ahaha..
Seronok tau tengok tetamu dari budak kecil sampai warga emas beratur nak makan kambing... Allahuakhbar.. Masya Allah..
Sekarang resepi 13 rasa ni terus digunapakai di Malaya Grill yang menjadi signature Malaya Grill. Resepi yang akan terus kami gunakan untuk kesinambungan Malaya Grill. Insyaallah.. Terima kasih atas doa dan sokongan yang tak putus dari anda semua..
Ulasan