Isu Mempersendakan Agama Islam


Agama Diperlekehkan??!!


Pentas komedi jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka?

Kadang min pelik, dalam banyak-banyak topik untuk dijadikan bahan lawak kenapa hal agama yang perlu menjadi topik segelintir 'Stand-up Comedy'?

Bagi min, semua agama tidak patut dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan lawak jenaka kerana ianya merupakan satu sensitiviti masyarakat. Lagi-lagi bagi mereka yang beragama Islam, yang sudah terang lagi bersuluh tentang soal dosa pahala.

Walaupun timbul beberapa individu dan selebriti yang mengecam tindakan penutupan kelab Crackhouse Comedy, malah ada juga individu yang turut menyamakannya dengan ceramah agama yang meyelitkan unsur lawak. Perumpamaan seperti ini bagikan langit dan bumi, ianya sangat berbeza dengan komedi yang bersifat menyentuh hukum-hakam agama Islam. 

Kelab terbabit sudah lama menjadi platform bagi sesetengah pelawak  menghina agama dan bangsa atas dasar komedi. Malahan, pengasasnya sendiri, Rizal Van Geyzel juga telah beberapa kali membuat lawak yang mempersendakan agama dan bangsa melaui beberapa ciapan videonya yang dimuat naik di media sosial. Antaranya, terdapat tangkap layar dimana seorang wanita Islam bertudung yang membuka minuman keras setelah diminta oleh salah seorang pelawak di atas pentas tersebut.


Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

MaksudnyaSesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.

(Surah al-Ahzab, 33:57)








Ulasan

Catatan Popular