Kes Penghinaan Nabi Muhammad Pula???!!!
HINA NABI MUHAMMAD SAW DAH JADI TREND DI MALAYSIA?
Kita dikejutkan lagi dengan kes penghinaan agama Islam. Kali ini, min terkejut sebab seorang lelaki telah menghina Baginda Nabi Muhammad SAW. Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan tidak ketinggalan para selebriti tanah air. Rata-rata mereka menyuarakan rasa marah atas kenyataan provokasi lelaki tersebut.
Video berdurasi 35 saat itu telah tular di media sosial dengan inti patinya yang mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad SAW. Selain itu, tular juga beberapa rakaman vieo menunjukkan lelaki tersebut dalam keadaan cedera pada muka dan beberapa bahagian tubuh badan yang lain dipercayai dipukul oleh beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.
Belum reda dengan cerita lelaki yang dipukul itu, semalam negara dikejutkan lagi dengan satu video yang berdurasi 4 minit 14 saat yang memaparkan seorang lelaki dari negeri di sebelah Pantai Timur turut memuat naik satu video penghinaan terhadap agama Islam dan juga Baginda Nabi Muhammad SAW. Video tersebut telah menerima kecaman daripada warganet dan secara tidak langsung menaikkan lagi api kemarahan mereka yang masih belum lagi reda dengan tindakan lelaki sebelumnya.
Kedua-dua lelaki itu telah ditahan oleh pihak berkuasa usai menerima laporan berkenaan isu tersebut. Salah seorang daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine setelah menjalani ujian saringan air kencing.
Mashaa Allah, min tak faham kenapa perkara macam ni boleh berlaku. Memang betul, kita sekarang berada di dalam akhir zaman.
Kita haruslah mengambil iktibar dari kisah dua lelaki yang diceritakan ini. Isu agama dan perkauman adalah tidak sewajarnya dijadikan sebagai satu topik penghinaan mahupun bahan jenaka. Ini adalah isu sensitiviti yang akan membuat masyarakat berpecah-belah akibat dari percakapan yang tidak ditapis. Malahan, dalam isu pendebatan sekali pun tidak boleh dikaitkan mengenai agama dan bangsa.
Islam itu agama yang suci, serta mudah. Namun, jangan lah kita mudah merendah-rendahkan agama suci Islam kita.
Dalil al-Hadis:
Daripada Ibn Abbas RA, dia menceritakan:
أنَّ أَعْمَى كَانَتْ لَهُ أمُّ وَلَدٍ تَشْتُمُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وَتَقَعُ فِيهِ فَيَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَيَزْجُرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ قَالَ فَلَمَّا كَانَتْ ذَاتَ لَيْلَةٍ جَعَلَت تَقَعُ في النَّبيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَشْتُمُهُ فَأَخَذَ المِغْولَ سَيْفٌ قَصِيرٌ فَوَضَعَهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكَأ عَلَيْهَا فَقَتَلَهَا فَوَقَعَ بَيْنَ رِجْلَيْهَا طِفْلٌ فَلَطَّخَتْ مَا هُنَاكَ بِالدَّمِ فَلَمَّا أَصْبَحَ ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَمَعَ النَّاسَ فَقَالَ أَنْشُدُ اللّهَ رَجُلًا فَعَل مَا فَعَل لِي عَلَيْه حَقٌّ إِلَّا قَامَ فَقَامَ الأَعْمَى يَتَخَطَّى رقَابَ النَّاسِ وَهُوَ يَتَزَلْزلُ حَتَّى قَعَدَ بَيْنَ يَدَي النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللّهِ أَنَا صَاحِبُهَا كَانَتْ تَشْتُمُكَ وَتَقَع فِيْكَ فَأَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَأَزجرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ وَلي مِنْهَا ابْنَان مثلُ الُّلؤْلُؤَتَينِ وَكَانَت بِي رَفِيْقَة فَلَمَّا كَانَتْ الْبَارِحَةُ جَعَلَت تَشْتُمُكَ وَتَقَعُ فِيْكَ فَأَخَذْتُ المِغْولَ فَوَضَعْتُهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكأْتُ عَلَيْهَا حَتَّى قَتَلْتُهَا فَقَالَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ألا اشهَدوا أنَّ دمَها هَدَرٌ
Maksudnya: “Seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang menghina Nabi SAW dan ia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya namun wanita tersebut tidak mengendahkan larangan tersebut. Ibn Abbas meneruskan lagi: Pada suatu malam, wanita itu kembali mencela Nabi SAW, maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya di perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi, kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi SAW, lalu baginda SAW mengumpul orang ramai dan bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah SWT atas seorang lelaki, dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah suaminya akan tetapi dia (wanita) telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau mengendahkannya. Daripadanya aku telah dikurniakan dua orang anak yang merupakan permata, isteriku sangat sayang kepadaku. Namun, semalam dia telah mencelamu dan menghinamu, lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya lantas aku menikamnya sehingga meninggal. Nabi SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa darah wanita adalah sia-sia (halal).”
Riwayat Abu Daud (4361), Kitab al-Hudud, Bab Hukum Orang Yang Mencela Rasulullah SAW. Hadis ini adalah Sahih dan perawi-perawinya adalah tsiqah.
Ulasan