Puasa Hari Arafah๐Ÿ“…๐Ÿ•‹

PUASA SEHARI TAPI DOSA DIHAPUSKAN SELAMA 2 TAHUN ❓❓❗❗


Min dengar kalau puasa hari Arafah, Allah ampunkan dosa kita selama 2 tahun?? Hmmm, betul ke???


ุตِูŠَุงู…ُ ูŠَูˆْู…ِ ุนَุฑَูَุฉَ ุฅِู†ِّูŠ ุฃَุญْุชَุณِุจُ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَู†ْ ูŠُูƒَูِّุฑَ ุงู„ุณَّู†َุฉَ ุงู„َّุชِูŠ ู‚َุจْู„َู‡ُ ูˆَุงู„ุณَّู†َุฉَ ุงู„َّุชِูŠ ุจَุนْุฏَู‡ُ

“Puasa hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.”

(Sunan al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)


Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:


ู…َุง ู…ِู†ْ ุฃَูŠَّุงู…ٍ ุงู„ْุนَู…َู„ُ ุงู„ุตَّุงู„ِุญُ ูِูŠู‡َุง ุฃَุญَุจُّ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ِ ู…ِู†ْ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ุฃَูŠَّุงู…ِ ูŠَุนْู†ِูŠ ุฃَูŠَّุงู…َ ุงู„ْุนَุดْุฑِ، ู‚َุงู„ُูˆุง: ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„ู‡ِ، ูˆَู„ุงَ ุงู„ْุฌِู‡َุงุฏُ ูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ؟ ู‚َุงู„َ: ูˆَู„ุงَ ุงู„ْุฌِู‡َุงุฏُ ูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ، ุฅِู„ุงَّ ุฑَุฌُู„ٌ ุฎَุฑَุฌَ ุจِู†َูْุณِู‡ِ ูˆَู…َุงู„ِู‡ِ، ูَู„َู…ْ ูŠَุฑْุฌِุนْ ู…ِู†ْ ุฐَู„ِูƒَ ุจِุดَูŠْุกٍ

Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

[HR al-Bukhari, hadis sahih]


Haaa korang tau tak banyak tau kelebihan yang kita akan dapat kalau berpuasa pada 9 Zulhijjah. Untuk tahun 2022, 9 Zulhijjah jatuh pada hari Sabtu (9 Julai 2022). Jadi jom kita puasa sunat hari Arafah bersama-sama. Doa pun mustajab tauu!! 


Nabi S.A.W bersabda:

ุฎَูŠْุฑُ ุงู„ุฏُّุนَุงุกِ ุฏُุนَุงุกُ ูŠَูˆْู…ِ ุนَุฑَูَุฉَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..”


Jika diteliti hadis Nabi s.a.w ini, Nabi s.a.w tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada HARI Arafah.

Manakala bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan.


Nabi S.A.W bersabda:

ุซَู„ุงุซَุฉٌ ู„ุง ุชُุฑَุฏُّ ุฏَุนْูˆَุชُู‡ُู…ْ ุงู„ุฅِู…َุงู…ُ ุงู„ْุนَุงุฏِู„ُ ูˆَุงู„ุตَّุงุฆِู…ُ ุญِูŠู†َ ูŠُูْุทِุฑُ ูˆَุฏَุนْูˆَุฉُ ุงู„ْู…َุธْู„ُูˆู…ِ..

Maksudnya: ” Tiga doa yang tidak akan ditolak Allah (bermaksud sangat mustajab) iaitu doa seorang pemimpin yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi..”


Kesimpulannya, tidak perlulah kita bersusah payah untuk menyesuaikan atau convert waktu wukuf di padang Arafah dengan waktu di Malaysia kerana masing-masing ada keistimewaan masing-masing.

Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab insya-Allah.





Ulasan

Catatan Popular