SUPERMOON🌕

SUPERMOON TANDA KIAMAT??



Sudah menjadi lumrah bahawa manusia suka akan benda yang cantik dan unik. Fenomena alam antara salah satu saat yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat untuk menyaksikan kejadian semulajadi yang jarang berlaku di Bumi. Seperti yang sedia maklum, pada 13/7/2022 (Rabu) telah berlakunya satu fenomena alam yang dikenali sebagai Supermoon atau dalam nama sainstifiknya ialah Lunar Perigee. Ianya berlaku apabila Bulan berada hampir dengan Bumi dengan jarak kurang daripada 357,263km


Fenomena ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia bahkan seluruh dunia dapat menyaksikan fenomena unik dan indah ini. Kerana saiz bulan yang berbeza, dan lebih besar dari kebiasaan membuatkan ramai orang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena indah ciptaan Allah swt.

Akan tetapi, fenomena ini cukup menyedihkan bagi mereka yang mengetahui maksud sebenar kejadian ini. Bagi mereka yang mempelajari ilmu agama yang dalam, fenomena ini merupakan salah satu tanda kiamat hampir tiba. Dan disebut juga dalam hadis, yang berkenaan...

  • Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مِنِ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ أَنْ يُرَى الْهِلَالُ قُبُلًا، فَيُقَالُ: لِلَيْلَتَيْنِ، وَأَنْ تُتَّخَذَ الْمَسَاجِدُ طُرُقًا، وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الفَجْأَةِ

Maksudnya: “Di antara tanda dekatnya hari Kiamat adalah hilal (anak bulan) terlihat lebih awal sehinggakan hilal pada malam pertama dikatakan sebagai hilal pada malam kedua, dan masjid-masjid dijadikan sebagai tempat melintas dan banyak berlakunya kematian tiba-tiba (mengejut)”. [Lihat: al-Mu’jam al-Awsath (9376) dan al-Jami’ al-Saghir (8232)]


Namun, ada juga juga beberapa pandangan ulama, yang menyifatkan ianya hadis yang dhaif (lemah). 


Tidak dinafikan bahawa telah berlaku banyak tanda-tanda Kiamat kecil di zaman kita ini. Akan tetapi bagi menisbahkan sesuatu perkara kepada hadith Nabi SAW, ia perlulah dilakukan dengan berhati-hati agar tidak berlaku pendustaan di atas nama Baginda SAW. Walaubagaimanapun, bulan merupakan salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT dan kita tidak boleh mengaitkan fenomena ini secara langsung dengan hadith di atas. Antara firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa bulan merupakan salah satu daripada tanda kebesarannya adalah:

 

  • Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ، فَادْعُوا اللَّهَ، وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُو

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah SWT. Keduanya tidak akan menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang dan tidak juga disebabkan kehidupannya. Maka apabila kamu melihatnya (gerhana), berdoalah kepada Allah serta bertakbir, berselawat dan bersedeqahlah”. [Riwayat al-Bukhari (1044)]

Ulasan

Catatan Popular