KUCING MELEPAS HAJAT DALAM SURAU???

SELAMAT PETANG PENCINTA KUCING !
Nak cerita sikit nie pasal si putih ni ha! Dia ni la yang pandai naik lift naik tangga sampai semua tingkat dia pergi.

Minggu lepas tak disangka-sangka boleh pulak dia terlepas masuk surau, lepastu siap TERLEPAS HAJAT pulak dekat surau😭
Walaupun setempat je tempat melepasnya, tapi dia dah sempat ke hulu ke hilir tawaf surau tu🥲
Alhamdulillah bila dapat tahu tentang kucing tu terus kami panggil orang untuk cuci karpet surau!

Bukan apa, ramai orang yang datang singgah solat dekat surau Ar-Razzaq Malaya Grill, tak tenang hati bila jadi kejadian macamtu😅 Lepas dah cuci, baru la tenang hati, wangi je bau satu surau!

Tapi bila kejadian ni berlaku lagi, kita sebagai penjaga dia atau sebagainya jangan laa runsing untuk membersihkan najis haiwan tersebut, kita hanya perlu menolong untuk membersihkan walaupun ianya agak kotor dan tak disukai oleh orang ramai.😊

kucing bukan manusia. Mereka tidak punya akal yang membolehkan mereka belajar dengan secepat mungkin. Mereka tidak tahu menilai di mana tempat untuk membuang najis yang sepatutnya. Sedangkan kucing yang dah pandai buang najis kat luar rumah pun mengambil masa jugak untuk belajar mengorek dan menimbus najis dalam tanah🤔

Walaupun kucing kat Malaya Grill ni bukan kucing yang kami bela walaupun hanya kucing jalanan sahaja kami akan sentiasa menjaga haiwan syurga🥰


Ni lahh si putih, si kucing ❤️ yang telah melepaskan hajat di surau Malaya Grill

Ulasan

Catatan Popular