QIAMULAIL

Di Malaya Grill kami akan adakan untuk setiap staff qiamulail, tapi mungkin majlis qiamulail tu jarang ada untuk kebelakangan ni tapi akan ada seperti sebelum ini pada tahun 2022 Malaya Grill adakan qiamulail dan semua staff diwajibkan datang untuk join majlis qiamulail tersebut.


 Biar min terangkan qiamulail tu ape...

Qiamulail ialah satu amalan sunat yang bereti "bangun malam" iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Amalan qiamulail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul,nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.

Rasulullah SAW menyeru umatnya bangun beribadat di tengah malam (qiamulail) sebagai satu ibadat tambahan.

Baginda sentiasa melakukan qiamulail dengan bersungguh-sungguh sebagaimana yang digambarkan dalam sebuah hadith dari Aisyah RA yang berbunyi:

"Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah SAW lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian?

Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

(Muttafaq Alaih)


Jadi marilah kita teruskan amalan qiamulail kita supaya dosa kita semua terhapus dan selamat dunia akhirat, Aminnn šŸ¤²šŸ˜Š

Ulasan

Catatan Popular