SEDEKAH JUMAAT APE HARINIE???

 Sedekah Jumaat ape harini???


Jumaat minggu ni Malaya Grill ingin memberi kepada ramai orang " DAGING LEMBU PERCUMA" jadi harini daging lembu hanya untuk 300 orang sahaja tapi kalau ada lebih boleh laa bagi lebih sikit. Tapi harini kami habis awal jadi mungkin habis cepat rezeki dari ALLAH, alhamdulillah 🤲

Sepanjang program SEDEKAH JUMAAT ni kami adakan juga SANTAI TALK DAN SELAWAT BERSAMA USTAZ FAIZAL DAN IMAM MUDA ZARUL dan tujuan kami dari Malaya Grill adakan santai talk tu adalah dengan tujuan agar ketika tetamu sedang beratur dan sambil tunggu tu boleh juga mendengar santai talk dari mereka, Santai talk ini seperti mereka sedang bersembang dengan tetamu yang hadir disitu dan berselawat bersama tetamu bersama-sama.🥰

SEDEKAH JUMAAT ni berlansung di MALAYA GRILL, TSB SUNGAI BULOH sebaris dengan BANK ISLAM je... inshaallah setiap jumaat kami di Malaya Grill akan adakan sedekah jumaat  ni lagi.😍

Sebelum ni Malaya Grill pernah bagi bukan setakat daging lembu tapi ayam,ikan siakap,nasi arab ayam, nasi arab kambing, air mangga dan bermacam-macam lagi mungkin inshaallah pada masa hadapan allah akan bagi ganjaran untuk kami sedekah lagi dari lain dan lain, inshaallah 🤗

Dan biasanya kami akan start program dari pukul 10 pagi atau 11 pagi dan sesiapa yang belum makan atau lapar 😅kami di Malaya ada sediakan sarapan pagi seperti mee goreng, nasi lemak dan bihun dan disamping ada makanan tu jugak kami Malaya Grill ada sediakan kuih-muih seperti donat,karipap, pau dan ada macam-macam kuih lagi tau 😆


Jadi kalau korang nak datang kami akan sentiasa alu-alukan korang datang kat Malaya Grill


DENGAN SEDEKAH NI KITA BUKAN INGIN MENUNJUK-NUNJUK,                                   TAPI KITA INGIN MEMANGGIL LEBIH RAMAI ORANG UNTUK DATANG,                          SUPAYA KITA BOLEH SHARE REZEKI YANG ALLAH TELAH BERIKAN KEPADA              KITA SEMUA.

  


Ulasan

Catatan Popular