7 HARI MENUJU RAMADHAN

Hari menjelang tiba, sedar-sedar lagi 7 hari kita nak menuju bulan ramadhan, rasa tak sabar kann nak puasa dahh... 


Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”

(HR At-Tirmidzi)

 Rasulullah SAW bersabda: 

"Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."

(HR Muslim)

================================
Kedatangan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ganjaran pahala berlipat ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas. Justeru, sebagai umat islam sangatlah rugi jika kita semua tidak merebut peluang ini untuk menggandakan amalan dan kebaikan sepanjang bulan yang penuh barakah ini. 

Ulasan

Catatan Popular