SHANK

TAJUK KITA PADA HARINI ADALAH SHANK !!!


SHANK tu memang laa makanan, tapi biar Deeja terangkan serba sedikit tentang restoran yang menawarkan menu SHANK dan khasiat kat dalam SHANK tersebut

Tajuk kita pada harini adalah dengan membawakan sebuah restoran yang boleh memenuhi selera mereka yang mendambakan keenakan daging bahagian kaki kambing (lamb shank) yang dimasak sempurna.
Isinya cukup lembut, namun masih mengekalkan tekstur kambing yang khusus. Ia dibanjiri pula stew pekat hasil gabungan air rebusan kambing bersama rempah-ratus dan herba Barat, sekali gus menghasilkan sensasi rasa yang memukau.

Restoran tersebut diberi nama MALAYA GRILL ... 
nama yang agak unik sebenarnya tapi banyak keistimewaannya

Apa itu Lamb Shank ?

Bahagian lamb shank merupakan potongan daging bahagian kaki. Daging di bahagian ini mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Jom cuba resepi lamb shank ini untuk dapatkan hasil yang lembut dan juicy! Sedap digandingkan dengan Nasi Arab, nak makan begitu sahaja pun boleh.


Jadi semua dah tahu Lamb Shank tu dekat bahagian mana kann🀭
so deeja nak cerita pulak apa khasiat makan Lamb Shank tetapi ia sama saje dengan kambing tapi kan makan kambing ada banyak kebaikan diaa 😁



3 Rahsia Kebaikan Daging Kambing
Daging kambing merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah yang diamalkan oleh Baginda pasti ada kelebihannya. Kita mungkin kurang mengetahui rahsia kebaikan yang ada pada daging kambing.
Tetapi hakikat sebenarnya daging kambing mempunyai banyak khasiat.
antaranya :-
✔Daging kambing adalah antara daging yang paling baik
hal ini adalah kerana daging kambing merupakan daging yang baik untuk jantung.Kerana kandungan Protin nya amat berkualiti dengan nisbah kandungan lemak yang sihat
✔Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
✔Mencantikkan Kulit
Daging kambing mempunyai kandungan Vitamin C yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida juga akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Memang banyak khasiat yang ada pada daging kambing ini.
Tapi agak susah nak dapat yang sedap..



Itu adalah salah satu jugak khasiat yang terdapat kat dalam daging kambing πŸπŸ‘

  
Jadi kalau korang tengah tercari-cari kat mana nak cari lamb shank tu korang boleh terus je datang kat Malaya Grill ni πŸ€©

Lokasi : Malaya Grill, TSB sungai buloh
buka dari pukul : 11 pagi- 11 malam


Ulasan

Catatan Popular