INFAQ JUMAAT ❤️

 Assalamualaikum semua ! Semoga semua pintu-pintu segala kebaikan akan terus terbuka luas untuk kita semua pada hari ini dan pada hari-hari yang mendatang. Inshallah, Aminn.🤲


Min akan mulakan dengan satu hadis daripada nabi:

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: Sesiapa yang membaca selawat sebanyak sepuluh kali pada waktu pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari Kiamat.


Malaya Grill masih lagi menjalankan INFAQ JUMAAT seperti biasa, jadi kalau sesiapa yang infaq jumaat boleh salurkan kepada atau boleh sahaja contact dengan kami.😊

Lagi-lagi kalau kita nak bersedekah atau beri infaq lebih baik pada hari jumaat yang mulia ❤️


Dengan satu lagi hadis:

Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?" Rasulullah SAW menjawab, "Kamu memberi makan kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim).

Ulasan

Catatan Popular